Birthday....

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Showing posts with label Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Sahabat. Show all posts

Thursday, 21 July 2011

Pelakon???

Assalamualaikum semua....

Apa khabar ?? Harap korang sihat je la ye... :D
Hah ari tu last episod Marimar and Juvana tgk x??
Gempak kan ending dia(padahal dh mmg bole diagak dh)
ok la mesti korang pelik tgk title hari ni kann???
Mesti Si Mirza ni dh ting tong ni...
Isyyhhh xbaik tau...
Ye la ye la  tahu gurau je....
Ok saya nk tanye la ea, korang rasa pelakon utama ke pelakon pembantu yg lagi penting??
Adoii apa la Mirza ni tanya soalan luar spm ni kann?? hikhikhik...
Jawab je la....
Pelakon Utama !!!
Pelakon Pembantu!!!
Tapi bagi Mirza pelakon pembantu lg penting, sbb ap??
Hah ni yg nk cite ni....

Sebab nye pelakon pembantu la yg mencorakkan dan mencantikkan lg sesebuah cerita tu...
Cuba korang bayangkan xde pelakon pembantu korang rasa watak utama berkembang ke??
Watak pembantu la yg bg pilihan dkat watak utama untuk membuat keputusan...
Sama la mcm kita kat dunia ni... Dalam cerita kita of course la kita watak utama...
Tapi dalam cerita org laen??? Yup kita adalah watak sampingan...
Takde kita, sunyi la watak utama, tak menyerlah la cerita tuu...
Jadi sebenarnya Mirza nk cakap pilih la kawan yg btul2 baik tuk jadikan kita watak utama yg baikjuga....
Kalau la korang pilih watak sampingan yg kurang baik, maka korang watak utama pun jadi kurang baik laa...
Jadi cerita korang plak mungkin jd
worse....


So korang dh fhm ke blom ap yg Mirza cakapkan ni??
Akhir kata berusahalah untuk membuat cerita kita sedapnya macam buah apple....
hikhikihkhik....
Dan jgn lupa, solat, doa dan sentiasa la beribadat kepada yg diatas, Allah SWT....
supaya kita diberi panduan dan jalan yg mudah semasa memilih kawan2...
Assalamualiakum...
Sampai bertemu lagi di laen post....
Jaga diri....



Monday, 18 July 2011

Erti Sahabat....

Assalamualaikum....... Apa khabar kawan2 sekalian???

Ad org kata kawan, teman, dan sahabat itu berbeza maksudnya... Sy pun xthu sgt la kann maksudnya.. Tapi kawan tu xselalu bersama kita, teman tu pulak dh namanya teman sekadar teman je la kot... tapi Sahabat adalah org yg selalu bersama kita dalam susah, senang, gembira, mahupun sedih... Sayangnya ada juga yg tak tahu nk menghargai nilai Friendship... Agak kurang pandai kan bila org tak tahu nk menghargai sahabat ni kann...

Saya ada 1 cerita, mungkin boleh dijadikan pengajaran... Namun cerita ini bukanlah nk memburuk-burukkan sesiapa.. So if ada la hamba Allah yg terasa, mintak maaf laa ye.. Xde niat tersembunyi mahupun terang terangan... hikhikhik..(ap punya ayat la kann)

Kalau la seseorang tu tahu menghargai kawan dia, awk semua rasa la kan sanggup ke dia untuk merampas kekasih kawannya sendiri, malah yg lebih KEJAM lagi, dia tahu kawan dia tu masih lagi bercouple...
Wahh tindakan yg baik dan cerdik kann...
Tapi apa yg lagi best, dia boleh pergi serang kawan dia tu dgn bermacam-macam perkataan yg hanya Allah sahaja yg tahu...
Sungguh tidak disangka, rakan yg brwajah baik rupa2nya hanya tahu bermuka2... Sudah la merampas boyfriend kawan sendiri, boleh pulak pergi serang kawan tu, padahal dh terang lagi bersuluh n sah salah dia sbb pergi rampas hak org. Lagi satu kalau pergi serang kawan tu sahaja xpe, ni pergi jugak serang kawan baik kepada kawan yg dirampas kekasih itu... Masya Allah beginikah sahabat dunia hari ini??? 
Ya Allah, semoga Kau memberikan kesedaran kepada hambaMu yg suka merampas hak org.. Malahan juga, disebabkan oleh mulut "wangi" nya itu, 3 sahabat baik hampir bergaduh besar kerana fitnah yg ditaburnya... Saya jugak tak faham kenapa dia bersikap begitu.. Agaknya kerana perangai buruk dia telah diketahui oleh teman2nya yg laen, maka dia sakit hati dgn persahabatan yg erat 3 sekawan td, lalu difitnahnya mereka... Akan tetapi dia lupa pada yg di atas, Dia tak pernah tidur. Mungkin kerana keikhlasan hati 3 sekawan td yg berkawan kerana Allah....
Allah telah mentautkan kembali tali persahabatan itu, Alhamdulillah....

Nah kawan2, bagaimanakah jika mendapat kawan yg suka merampas hak org, buat cerita yg bukan2... Dh tahu salah masih nk menyangkal???
Jikalau saya, saya berharap dan berdoa tidak akn berjumpa dgn kawan seperti ini agar tidak hilang perasaan percaya kepada sahabat dan sesungguhnya saya berkawan dgn kamu semua kerana Allah... 

Salam...
Terima kasih kerana sudi membaca..
Feel free to drop the comment...

Thursday, 14 July 2011

Ramadhan.......

Sahabat Di CFSIIUM (Peers)

Assalamualaikum....
Sepanjang di Cfs, sy ada join satu club, iaitu Peers di bawah Counseling and Guidance Unit....
Hah nk thu ap 'kerja' kami???? heheehehe 
Selalunya kami akn mengadakan motivational talk sekali sebulan... So,activity tu jd monthly event Peers...
Bila bulan puasa,activity seperti jejak terawih akn dijalankan.. Apa itu jejak terawih??
Jejak terawih ni adalah kita akn berterawih di masjid2 yg sedikit jauh from Cfs IIUM....
Setakat ni mmg ramai yg join so hopefully after this pun ramai akn join...
Sy juga berpeluang untuk mengambil gambar bersama rakan2 Peers yg laen untuk dijadikan sebagai kenangan kami bersama...
Sesungguhnya mereka adalah antara rakan2 baik sy sepanjang pengajian di sana.....
Semoga ukhuwah persahabatan di antara kami akan sentiasa berkekalan.. Ameen...
Ini adalah link untuk ke page Peers, feel free to click 'LIKE'.... ok..... :D <3
http://www.facebook.com/pages/Peers-Cfsiium-Nilai/168630176533680
DAN DIBAWAH INI PULA ADALAH GAMBAR2 YG DIAMBIL UNTUK KENANGAN KAMI SEMUA.....
Enjoy the show okeyyy!!!!!!!!!!!!
Formal punya !! hikhikhik..

Free Style !!!!!! Yeah :)

Smile Everyone..................

Xthu ler gaya ap ni ????!!!!

Ad yg buat bentuk <3 ad yg xthu nk buat ap.... hikh

Okeyy 123 say happy................... haahahaha

Tak tahu la kenapa si Epui tu ddk kat depan mcm tu........ ehehehehehe


Thanks 4 read n watching !!!!!!!
Salam.... Bye2.... (>.<)